GURU BERTUGAS MINGGUAN
 
26/01/2014-
30/01/2014

EN. ISHAK

PN. ADELINE

EN. HAFIS

HUBUNGI KAMI
 
SMK TINGGI BATU PAHAT

Jalan Zaharah, 83000,
Batu Pahat, Johor. 
Tel:07-4341097  Fax:07-4334117
email:
[email protected] 


View Larger Map

 
QR CODE
 

 
PAGEVIEWS
 
UTAMA / BERITA
 
 
Tarikh
Diganti Pada Jadual Waktu Hari
29 Januari 2014 (Rabu) - Cuti Berganti 25 Januari 2014 Rabu
30 Januari 2014 (Khamis) - Cuti Peristiwa    
31 Januari 2014 (Jumaat) - Cuti Tahun Baru Cina    
1 Januari 2014 (Sabtu) - Cuti Tahun Baru Cina    
2 Januari 2014 (Ahad) - Cuti Tahun Baru Cina    
3 Januari 2014 (Isnin) - Cuti Berganti 15 Februari 2014 Isnin
4 Januari 2014 (Selasa) - Cuti Berganti 8 Mac 2014 Selasa
5 Januari 2014 (Rabu)  Persekolahan seperti biasa
 
SUMBER BILANGAN  JUMLAH 
 LELAKI      PEREMPUAN 
 Guru  36 49  85
 Staf Sokongan  12  09  21
 Murid  - -  766
 Murid Asrama   125  0  125
 PEPERIKSAAN  BILANGAN CALON
 PMR  -
SPM  161 
 STPM  127(PRA U A)
-
PEPERIKSAAN
PMR :  hari lagi
SPM :  266 hari lagi
STPM (P1) :  hari lagi
STPM (P2) :  hari lagi
STPM (P3) :  hari lagi
 
 
 
Pada Khamis 23 Januari 2014, telah disempurnakan pembahagian Bantuan Persekolahan bagi pelajar-pelajar SMKTBP. Kepada pelajar sekelian diharap dapat menggunakan wang tersebut dengan sebaik-baiknya
 
 
Pada Khamis 23 Januari, telah diadakan satu program Meniup Bunga Plum dan Menulis Kaligrafi Cina di  Padang SMKTBP.  Program ini terbuka kepada semua pelajar dan guru. Program ini telah dianjurkan oleh Kelab Interact Batu Pahat, Persatuan Ekonomi Tingkatan 6 dan Panitia Pendidikan Moral sempena menyambut Perayaan Tahun Baru Cina.
 
 
 
Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Salam 1Malaysia. Salam Perpaduan. Salam warga High School Batu Pahat.
 
Sesungguhnya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa pembina laman sesawang sekolah ini. Sebagai Pengetua sekolah ini, yang menjadi sebutan dan harapan setiap pelajar, ibu bapa dan komuniti, saya mesti memastikan kecemerlangan lestari untuk sekolah ini.
 
Selanjutnya, saya ingin menerangkan mengenai hala tuju sekolah ini. Seluruh warga sekolah dan daerah, bersyukur kerana sekolah ini telah diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan bagi Fasa ke-7 tahun 2013. Pengiktirafan ini membuktikan bahawa segala gerak usaha, perancangan dan tindakan untuk membawa kejayaan dalam semua bidang telah memenuhi kriteria pihak nazir. Kelangsungan kejayaan ini sudah semestinya datangnya daripada kerjasama semua pihak seperti guru-guru, kaki tangan sokongan, pekerja, PIBG dan ibu bapa serta pelajar.
 
Seterusnya, HSBP yang akan menyambut 100 tahun penubuhan sekolah ini, telah berjaya melahirkan tokoh-tokoh kepimpinan negara Malaysia. Antaranya, Ketua Setiausaha Negara sekarang iaitu Dato Sri Dr. Ali Bin Hamsa, Datuk Chua Shoi Lek, YB Lim Kit Siang, Prof. Datuk Dr Ghaus Jasmon (NC Universiti Malaya), Prof. Mohd Noh Dalimin (NC UTHM) dan ramai lagi tokoh yang hebat di bumi Malaysia ini. Inilah yang dinamakan proses “memanusiakan manusia” yang menjadi cabaran dunia pendidikan hari ini. Kejayaan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum juga menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Dari segi pencapaian peperiksaan awam, HSBP merupakan satu-satunya sekolah yang mencapai kejayaan 100% dalam ketiga-tiga peperiksaan awam iaitu PMR, SPM dan STPM. Dalam bidang kokurikulum juga, sekolah kekal menjadi juara bahagian lelaki dalam kejohanan Balapan dan Padang peringkat daerah. Begitu juga dengan pertandingan kawad kaki, sekolah ini terus muncul sebagai juara keseluruhan.
 
Slogan “Sehajat, Sehasrat, Sepakat” menjadi satu kata keramat untuk dihayati oleh seluruh warga sekolah ini. Saya yakin dan penuh harapan agar kejayaan sekolah ini  berterusan pada masa- masa akan  datang.
 
“Kini atau Kecewa”
 
 
 

Sejarah Sekolah Tinggi Bàtu Pahat telah bermula pada tahun 1914. Pada waktu itu sebuah sekolah yang merupakan sekolah Inggeris pertama di negeri .Iohor telah didirikan dengan nama Goverment English School (GES) di kaki Bukit Bendera, yang kini menjadi tapak bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan gelanggang tenis di .Ialan Pejabat, Batu Pahat. Bangunan sekolah itu hanyalah merupakan sebuah pondok papan yang berbumbungkan atap. Jumlah muridnya adalah antara 40 sehingga 50 orang sahaja. Pelajar-pelajar ini mendapat pendidikan sekolah rendah sahaja. Tenaga pengajarnya terdiri daripada En. Samarasingam, En. A. Auctland dan En. Alwee Jaafar.

Guru besar sekolah itu pula ialah En. Tom Newman. Beliau kemudiannya digantikan oleh En. J. B. Hobday dan En. L. C. Stevenson dalam tahun-tahun yang berikutnya. Sebilangan pelajar mi memulakan persekolahan mereka hanya apabila mencapai umur 14 atau 15 tahun, kerana had minimum umur untuk bersekolah pada ketika itu masih belum ditetapkan lagi. Justeru itu pelajar-pelajarnya mempunyai umur yang berbeza-beza juga, walaupun dalam kelas yang sama. Persekolahan pada waktu itu belum diwajibkan lagi oleh pemerintah lnggeris, mengakibatkan kadar ponteng sekolah yang sangat tinggi. Keadaan begini telah mernaksa guru besar pada masa itu menghabiskan sebahagian besar daripada rnasanya di sekolah menangkap pelajar-pelajar yang cuba ponteng sekolah. Pelajaran juga terjejas akibat masalah ini. Namun, tiada penyelesaian ditemui pada masa itu dan masalah ini terus berleluasa.

Pada tahun 1916 sebuah bangunan sekolah sementara telah dibina di Simpang Rantai, iaitu di tempat yang kini menjadi tapak kediaman (barracks) anggota keluarga polis Batu Pahat. Beberapa tahun kemudian Tuan Syed Abdul Rahman aI-Kudcy telah menggantikan En. L. C. Stevenson sebagai guru besar sekolah tersebut. Bilangan pelajar sekolah itu sudah meningkat sehingga 200 orang pada masa beliau menduduki jawatan barunya itu. Justeru itu, sebuah bangunan baru yang Iebih besar dan kukuh telah dibina pada tahun 1918 dengan perbelanjaan $60 000.
 
 
Pembinaan Bangunan Utama STBP
Bangunan baru inilah yang merupakan bangunan pejabat Sekolah Tinggi Batu Pahat yang masih wujud pada han ini.  Pelajar-pelajar yang dahulunya belajar di sekolah sementara tersebut telah dipindahkan ke bangunan baru ini menjelang bulan Januari 1919. Bangunan baru dua tingkat mi mempunyal 8 buah bilik darjah iaitu 4 buah bilik di tingkat bawah dan 4 buah kelas lagi di tingkat atas. Pentadbirannya diketuai oleh Tuan Syed Abdul Rahman al-Kudcy dan tahun 1919 sehingga tahun 1922. Mulai tahun itu bilangan pelajar sekolah terus meningkat melebihi 200 orang dan tenaga pengajar pula telah bertambah menjadi 10 orang. Pertambahan bilangan pelajar ini telah menyebabkan kesesakan bilik-bilik darjah. OIeh itu, pada tahun 1924 bilik-bilik darjah tambahan telah didirikan di belakang bangunan utarna. Bangunan baru ini mengandungi 3 buah bilik makrnal dan 10 buah bilik darjah. Bilik-bilik darjah tambahan ini kini dikenali sebagai Blok Cendekiawan dan memuatkan bilik-bilik Sains dan Kemahiran Hidup sekarang.
Selain itu, sebuah rurnah batu besar untuk guru besar sekolah telah dibina kira-kira 100 ela daripada bangunan utama tersebut. Kini tapak asal tempat itu merupakan tapak Dewan Besar Sekolah Tinggi Batu Pahat. Kawasan di antara rumah guru Besar itu diliputi oleh pokok-pokok getah pada masa itu, mernaksa guru besar mengharungi hutan belukar di situuntuk bertugas di bangunan utama sekolah. Sejarah Sekolah Tinggi Batu Pahat telah bermula pada tahun 1914. Pada waktu itu sebuah yang merupakan sebuah sekolah Inggeris pertama di negeri Johor telah didirikan dengan nama Government English School bertapak di atas BukitBendera, yang kini menjadi tapak bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan
gelanggang tenis di Jalan Pejabat, Batu Pahat. Bangunan sekolah itu hanyalah merupakan sebuah pondok papan yang berbumbungkan atap. Jumlah muridnya adalah kira-kira 40 orang. Kemudian pada tahun kemerdekaan, 1957, sekali lagi nama sekolah ini telah diubah menjadi High School BatuPahat (HSBP) dan seterusnya dikenali sebagai Sekolah Tinggi Batu Pahat (STBP) sehinggalah masa kini.
 
 
Pengasasan SMK Dato Bentara Luar
Pada tahun 1958, beberapa buah kelas menengah aliran Melayu telah dibuka di seluruh negara. Kelas-kelas ini menumpang di sekolah-sekolah menengah aliran lnggeris. HSBP telah dijadikan tumpangan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Pahat (yang beraliran Melayu) bermula pada tahun 1958 dan berlanjutan sehingga 2hb. Januarii 1961 apabila bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Pahat siap dibina dan digunakan oleh sekolah itu sendiri. Sekolah itu kernudiannya dikenali sebagai Sekolah Menengah Dato’ Bentara Luar.
 
 
Pembinaan Blok Bistari
Sesuai dengan perkembangan pendidikannya, pada tahun 1962 dua buah makmal sains telah dibina untuk menjadikan jumlah makmal sains pada waktu itu 5 buah, iaitu 3 di Blok Cendekiawan dan 2 lagi di Blok Bistari, yang terletak bersebelahan dengan bangunan utama STBP.
 
 
Pembinaan Blok Amanah
Sesuai dengan perkembangan pendidikannya, pada tahun 1962 dua buah makmal sains telah dibina untuk menjadikan jumlah makmal sains pada waktu itu 5 buah, iaitu 3 di Blok Cendekiawan dan 2 lagi di Blok Bistari, yang terletak bersebelahan dengan bangunan utama STBP.
 
 
Pembinaan Perpustakaan
Mulai l2hb. Mei 1965, sebuah bangunan perpustakaan yang selama mi ditempatkan di tingkat bawah bangunan utama (kini bilik Bimbingan dan Kaunseling) telah dipindahkan ke bangunan barunya yang tersendiri dan terletak berdekatan dengan kantin sekolah. Bangunan ini dikenali sebagai Blok Mustika. Bangunan perpustakaan ini didirikan atas sumbangan dan usaha Persatuan Murid-Murid Tua (Old Boys Association) Sekolah Tinggi Batu Pahat. Untuk membina bangunan perpustakaan ini, pihak sekolah telah mengadakan sebuah konsert yang mempersembahkan lakonan Macbeth yang dipetik daripada hasil karya Shakespeare.

Pertunjukan mi yang dikendalikan di bawah kelolaan guru besar ketika itu, K. M. Mathai diadakan pada September 1964 dengan kebenaran pihak polis No.40/64 Batu Pahat. Pertunjukan mi mempunyai matlamat mengumpulkan derma sebanyak $10 000, tetapi malangnya hasil pungutan yang sebenar hanya $5447.Setelah ditolak perbelanjaan pertunjukan, hanya $4498.15 tinggal. Ini adalah berdasarkan laporan kewangan STBP bertarikh l2hb. Oktober 1964. Upacara meletakkan batu asas bangunan yang berukuran 65 kaki X 60 kaki ini dilakukan pada 2Ihb. Mac 1964. Pernbinaannya dilakukan oleh Kontraktor Tan Meng Huat dari 100-1, Jalan Syahbandar Batu Pahat. Bangunan perpustakaan ini kemudiannya dirasmikan pembukaannya oleh YB. Menteri Pelajaran Malaysia pada 31hb. Mei 1965. Petanda perasmian ini masih kelihatan di pintu masuk utama STBP.

Buku-buku perpustakaan Sekolah Tinggi Batu Pahat ini telah disumbangkan oleh banyak pertubuhan, penerbit buku dan pihak-pihak lain. Antara mereka yang terawal memberi sumbangan termasuklah : The Asian Foundation Kuala Lumpur, Lembaga Perusahaan Getah (Menanam Semula), Anthonian Berhad Kuala Lumpur, The Oxford University Press Kuala Lumpur, Eastern Book Centre Kuala Lumpur, Lincoln Cultural Centre Kuala Lumpur, Kedutaan Amerika Syarikat Kuala Lumpur.
Menjelang akhir tahun 1968, Perpustakaan Sekolah Tinggi Batu Pahat mempunyai kira-kira 7600 naskah buku, buku yang berbagai-bagai jenis ilmiah. Sumbangan-sumbangan terus diterima daripada pelbagai pihak untuk menambahkan lagi bilangan buku di perpustakaan in Pada tahun 1987, Dr. Chua Soi Lek, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bandar Penggaram telah menyumbangkan $2 000 kepada perpustakaan STBP. Separuh daripada sumbangannya itu digunakan untuk membeli buku-buku ilmiah dan rujukan sementara yang separuh lagi digunakan untuk melengkapkan lekapan dan lengkapan di perpustakaan.

Mernandangkan perkembangannya yang begitu pesat, pihak sekolah telah berusaha mendapat seorang Pemba?tu Perpustakaan. Usaha-usaha mi mengambil masa yang agak lama dan akhirnya mencapai kejayaan di mana seorang Pembantu Perpustakaan telah diperolehi dan beliau memulakan tugasnya sehinggalah hari ini. Pembantu Perpustakaan ini adalah salah seorang pekerja am sekolah ini dan telah dilantik menjadi pembantu khas perpustakaan. Beliau itu ialah En. Hamzah bin Haji Nor, yang baru-baru ini telah bersara pada tahun 1997. Serentak itu perpustakaan ini telah dilengkapkan dengan alat penghawa dingin mulai bulan April 1969. Pembekalan dan pemasangannya telah dilakukan oleh The Borneo Co. (M) Sendirian Berhad dari No.5, Jalan Hang Jebat, Melaka. Perbelanjaannya sebanyak $10 944. Selepas itu usaha-usaha diteruskan untuk melengkapkan lagi perpustakaan ini dengan meminta sumbangan-sumbangan daripada pelbagai pihak tertentu. Antara sumbangan yang diterima itu termasuklah $5 000 daripada Menteri Besar Johor pada tahun 1979.
 
 
Pembinaan Kantin
Pada masa yang sama, sebuah bangunan kantin yang baru dan lebih luas telah dibina untuk menggantikan bangunan kantin yang lama. lanya terletak bersebelahan bangunan perpustakaan dan masih kekal sehingga han ini.
 
 
Pembinaan ASPUTERA
Mulai tahun 1968 itu juga bilangan pelajar luar bandar yang belajar di Sekolah Tinggi Batu Pahat ini telah meningkat naik. Kebanyakan pelajar luar bandar yang melanjutkan pelajaran mereka di STBP memandangkan sekolah ini adalah High School yang pertama sekali diasaskan di dalam negeri Johor. Pelajar dari luar bandar ini menghadapi masalah tempat tinggal dan pengangkutan. Untuk membantu mereka ini, sebuah asrama telah dibina pada tahun 1969 yang boleh menempatkan 100 orang pelajar. Asrama mi dikenali dengan nama ASPUTFRA (Asrama Putera Sekolah Tinggi Batu Pahat). Ianya memberi kemudahan tempat tinggal kepada pelajar lelaki sahaja, khususnva pelajar tingkatan rendah (tingkatan 1 .hingga 5). Bangunan asrama ini didirikan di bahagian timur kawasan sekolah, berhadapan dengan Jalan Zahrah.

Pada tahun 1995 bangunan asrama ini telah dijilat api. Kebakaran ini telah memusnahkan hampir seluruh tingkat atas bangunan tersebut, tetapi mujurnya tidak mengorbankan nyawa. Usaha-usaha pemulihan masih dijalankan.
 
 
Pembinaan Blok Dedikasi
Perkembangan sekolah ini tidaklah berhenti setakat ini sahaja. Masalah kekurangan bilik makmal sains mula dirasakan apabila tingkatan enam aliran sains diperkenalkan di sekolah pada tahun 1969. Untuk mengatasi kekurangan bilik makmal ini, tiga buah makmal baru telah siap dibina pada tahun 1973. Makmal ini terletak berhampiran dengan bangunan utama sekolah. Ia Iebih dikenali dengan nama Blok Dedikasi. Sebahagian daripada bangunan ini dijadikan Bilik Rehat Guru yang dapat menampung 80 orang guru. Sebelum ini Bilik Guru Sekolah Tinggi Batu Pahat tetletak di tingkat bawah bangunan utama, yang kini dijadikan bilik sumber.
 
 
Pembinaan Surau
Selain memberi pendidikan sekular kepada pelajar-pèlajar Sekolah Tinggi ini, guru-guru dan pelajar-pelajar Islam telah berusaha untuk membina sebuah bangunan surau bagi memenuhi kehendak dan keperluan rohaniah mereka. Dorongan ini sernakin memuncak memandangkan pelajar-pelajar asrama terpaksa mengadakan majlis sembahyang berjemaah di bangunan astaka yang terletak tidak jauh dari bangunan asrama. Justeru sebuah jawatankuasa telah dibentuk untuk menyelaraskan kerja-kerja pembinaan surau berkenaan. Jawatankuasa tersebut dibentuk pada 27hb. April 1976 yang dipengerusikan oleh guru besar En. Mohd. Ismail Othman. Akhirnya pada I3hb. .lulai 1977 bangunan surau ini didirikan dengan kerjasama Tuan Kadi Batu Pahat. Perbelanjaan membinanya adalah sumbangan derma berbagai-bagai pihak. Antara pihak-pihak yang berkenaan termasuklah :- Jabatan Perdana Menteri yang memberi sumbangan sebanyak $20 000. Sumbangan ini diperolehi atas inisiatif En. Mustapha bin Mohamad, setiausaha politik Perdana Menteri ketika itu. Beliau juga merupakan bekas pelajar STBP. UMNO Bahagian Batu Pahat, yang menyumbang $3 000. AhIi Dewan Undangan Negeri kawasan Bandar Penggaram yang menderma $1 500.

Bangunan surau ini telah siap dibina pada tahun 1977 dan telah dirasmikan pembukaannya oleb YB. Dato’ Musa bin Hitam, Menteri Pendidikan Malaysia pada 8hb. September 1979 sempena menyambut perayaan Jubli Intan STBP. Beliau juga telah memberi peruntukan sebanyak $5 000 untuk membeli hampar bagi keperluan surau sekolah ini. Hampar-hampar tersebut telah diterima melalui Pejabat Daerah Batu Pahat pada bulan Disember 1981. Selain itu YB. Dato’ Yusof Abdul Rahman juga turut menderma hampar kepada surau STBP.
 
 
Pembinaan Astaka
Sebuah astaka telah dibina berhampiran dengan bangunan asrama sekolah (ASPUTERA), yang terletak di hujung sebelah timur Padang A sekolah. Ia dibina hasil daripada sumbangan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tinggi Batu Pahat. Pembinaannya adalah untuk tujuan memenuhi keperluan-keperluan majlis yang sering diadakan di padang, sama ada bagi peringkat daerah dan negeri mahupun untuk kegiatan peringkat sekolah sendiri. Contohnya ialah upacara pembukaan dan penutup Sukan Tahunan STBP yang lazimnya diadakan di astaka ini. Hari Kemuncak Ko-kurikulum yang baru-baru ini diadakan sempena permulaan gerakan GR 21 di STBPjuga telah dirasmikan di astaka ini. Ini adalah antara beberapa kegunaan astaka STBP.
 
 
Pembinaan Dewan Baru STBP
Sekolah Tinggi Batu Pahat juga mendapat kemudahan sebuah Dewan Besar untuk menampung kegiatan pelajar-pelajarnya yang semakin cergas dan juga untuk menampung majlis-majlis rasmi yang sering diadakan di sekolah ini.

Kelulusan permohonan mendapatkan Dewan mi telah diumumkan oleh YB. Dato’ Musa bin Hitam selaku Menteri Pendidikan ketika merasmikan Perayaan Jubli Intan STBP pada 8hb. September 1979. Mengikutnya, projek pembinaannya akan bermula pada tahun 1980 di tapak rumah guru besar STBP. Dewan ini sepatutnya siap dibina pada bulan Ogos 1982, tetapi pembinanya berjanji akan menyiapkannya menjelang bulan Septenther 1982. Pembina tersebut berjaya menunaikan janjinya, tetapi dewan itu hanya mula digunakan secara rasminya mulai awal tahun 1983. Pengurusan Dewan Besar ini diletakkan di bawah seorang guru yang bergelar Setiausaha, dan dibantu oleh sebuah Jawatankuasa Dewan. Kemudahan peralatan dan kelengkapannya diperolehi dan pada beberapa pihak seperti : - YB. Dato’ Haji Daud Mohd. Taha yang telah menyumbangkan 236 buah kerusi plastik bernilai RM5 000. Jabatan Pendidikan Johor yang memberi peruntukan 800 buah kerusi stackable (Kerusi-kerusi ini kemudiannya diagihkan ke kelas-kelas yang kekurangan kerusi). Kemudahan alat siaraya (sistem penibesar suara) telah dapat disediakan pada tahun 1986. lanya mengandungi sebuah Mixer Amplifier jenama Peavey buatan Amerika Syarikat, model XR-600B; 2 buah speaker box, jenama Peavey, model 2420H Enclosure dan sebuah mikrofon jenama Ibanez, model Dynamic TH 300. Set pembesar suara pula dibeli danipada Syarikat Swee Lee, 03-23 Beras Basah Complex, Singapura. Peruntukan membelinya diperolehi daripada sebuah tabung.
 
 
 
 
 
VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
 
MISI
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
 
MATLAMAT
SMK TINGGI BATU PAHAT BERHASRAT MELAHIRKAN INSAN BERILMU, BERKETRAMPILAN, BERAKHLAK  MULIA , BERWAWASAN, BERDAYA SAING DAN BERDAYA TAHAN TINGGI DALAM MENANGANI TUNTUTAN-TUNTUTAN KE ARAH PENCAPAIAN WAWASAN 2020 SEJAJAR DENGAN KEHENDAK FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN BERLANDASKAN RUKUN NEGARA.
 
OBJEKTIF
* KEUNGGULAN AKADEMIK, KOKURIKULUM DAN
SAHSIAH PELAJAR.
* PENGUKUHAN KETRAMPILAN KEPIMPINAN.
* SUASANA SEKOLAH YANG KONDUSIF DAN SELAMAT.
* PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN YANG CEKAP DAN BERKESAN.
* PERHUBUNGAN SEKOLAH-RUMAH-KOMUNITI YANG BAIK DAN MESRA.
 
MOTO
- NUNC AUT NUNQUAM
- NOW OR NEVER
- KINI ATAU KECEWA
 
FALSAFAH
KESEMPURNAAN PENDIDIKAN KEARAH SAKSIAH YANG MANTAP DAN MATANG
 
LAGU
LAGU  SMK TINGGI BATU PAHAT

Berzaman Kau Tegak Berdiri
Jasamu Diingati Dari Dulu Hingga Kini
 Sekolah Tinggi Kau Dikenali
 Kami Putra Dan Putrimu, Penuh Jiwa Berbangga
 Kau Gemilang, Kau Cemerlang
 Sekolah Tinggi Kami Julang
 Kini Atau Kecewa
 Itu Moto Perjuangan,Landasan Kami Semua
 Untuk Ke Mercu Jaya
 Kami Putra Putrimu
 Setia Rela Berjuang
 Setiap Ketika Sepanjang Masa
 Sekolah Tinggi Kaulah Kami
 
 
 
External Links
 
      
        
 
  
 
© 2014 SMK Tinggi Batu Pahat. All Right Reserved.